Sebatang sungai di Kampung Sungai Buloh, Batu Pahat, Johor dilaporkan telah tercemar dengan bahan cecair berwarna biru.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Batu Pahat bergegas ke lokasi berkenaan dan bertemu dengan wakil penduduk setelah menerima aduan pada petang semalam.
“Hasil pemeriksaan mendapati pencemaran berpunca dari Taman Industri Wawasan, Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat.
“Terdapat aktiviti percetakan yang menggunakan cat dan melepaskan efluen ke longkang belakang premis.
“Arahan pemberhentian operasi telah dikeluarkan serta dikompaun,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.
BACA: 16.9 Kilogram Sampah Dikutip Sepanjang Sungai Gabai



Sumber: FB Menteri Alam Sekitar