Bila mesin basuh kita buat hal, memang pening kepala memikirkan kain baju yang bertimbun dalam bakul tu kan? Tapi hari ini nak cerita pasal air mesin basuh yang perlahan macam siput.
Kadang-kadang jadi geram kan? Kain banyak lagi nak basuh, air mesin basuh nak penuhkan satu tub pun makan masa sampai sejam dek perlahan sangat. Kita ni suri rumah, manalah tahu punca air tu jadi perlahan. Kalau kita juruteknik logik la nak tahu puncanya.
Seorang penggiat TikTok bernama @Sayazuhri berkongsi dengan kita punca air mesin basuh jadi perlahan. Dalam video yang sama juga, beliau berkongsi cara nak bersihkan keladak dari mesin basuh yang menjadikan baju kita ada kesan hitam selepas basuh.
Rupanya mudah sahaja nak selesaikan masalah air perlahan ni. Apa yang anda kena ada ialah playar sahaja. Selepas itu, anda pastikan suis dah tutup. Buka salur air dan keluarkan penapis air dari mesin tersebut. Anda akan dapat melihat keladak yang ada di penapis air tersebut.
Itulah punca utama, perjalanan air mesin anda menjadi perlahan bagaikan siput yang demam. Bayangkan siput dah perlahan, demam pulak tu. Anda hanya perlu cuci penapis itu sehingga bersih dan masukkan semula ke tempat asalnya.
Dah siap tu, cuba kau uji sekali tengok macam mana air dia pergi. Kau nak mandi dalam mesin tu pun boleh kuyup. Mudah sahaja kan? Nak lebih faham kau tonton video kat bawah. Suri rumah ke sura rumah ke semua boleh buat sendiri.
Sumber: Sayazuhri
BACA JUGA DI SINI