Susulan limpahan air sungai, sebahagian jalan di KM198 Lebuhraya Pantai Timur terpaksa ditutup.
Menurut Bernama, memetik kenyataan Exco Pahang, penutupan bermula 8.40 pagi itu melibatkan jalan Fasa 1 arah Timur dan Barat berhampiran Gambang dan Sri Jaya.
Berita lanjut menyusul.
Menerusi laman Twitter LLM Trafik pula, laluan antara Persimpangan Sri Jaya hingga Persimpangan Gambang masih ditutup bagi kedua-dua arah. Maklum ciapan itu juga, air naik sedalam 2 kaki dan pengguna yang ingin ke Kuantan dan Kuala Lumpur dimohon untuk tangguhkan perjalanan buat sementara waktu.
Sumber: Bernama