Gambar Via Bernama

Air Masih Tidak Surut, Laluan Lanchang Masih Lagi Ditutup Kepada Orang Ramai

Sofea

Dengan banjir yang masih lagi tidak surut, laluan Lanchang di Pahang masih tidak boleh dilalui oleh orang ramai.

Menurut LPTTrafik di laman Twitter, laluan Lanchang Hala Timur dan Hala Barat ditutup sepenuhnya kerana dinaiki air di lokasi.

Ia termasuk laluan Karak-Temerloh (arah Kuantan) dan Temerloh-Lanchang (arah Kuala Lumpur).

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah memaklumkan menerusi Twitter sebentar tadi mengenai laluan alternatif bagi pengguna LPT (tertakluk pada perubahan).

1. Dari Kuala Lumpur: Karak-Spg.Pertang-Muadzam Shah-Plaza Tol Gambang.

2. Dari Seremban: Kuala Pilah-Bahau-Muadzam Shah-Plaza Tol Gambang

3. Dari Kuantan: Plaza Tol Gambang-Muadzam Shah-Bahau-K.Pilah-Seremban

Sumber: LPTTrafik, LLMInfotrafik