Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 15 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia menghidapi penyakit buah pinggang kronik mengikut pelbagai peringkat.
Bagaimanapun, pesakit-pesakit ini tidak mempunyai sebarang gejala di peringkat awal bahkan kebanyakan pesakit tidak sedar baahwa mereka menghidapi masalah ini.
Sehubungan dengan itu, SK ingin kongsikan infografik daripada Bernama tentang beberapa tanda awal seseorang mengidap penyakit kronik buah pinggang.
Antara tanda-tanda tersebut termasuklah;
Bengkak pada kaki dan sekeliling mata
Susah bernafas
Kekejangan otot
Tekanan darah tinggi
Air kencing berdarah/berbuih
Kerap rasa letih
Kerap kencing pada waktu malam
Kulit kering dan gatal
Hilang selera makan
Rasa loya/muntah
Jika anda mengalami gejala seperti ini, diingatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.

Sumber: Bernama