AI Didakwa Mampu Curi ‘Password’ Dengan Hanya Dengar Ketikan Telefon
Artificial Intelligence (AI) dilaporkan mampu mencuri kata laluan pengguna hanya dengan mendengar ketikan kata laluan itu ditaip pada telefon pengguna, lapor Daily Star.
Para saintis mendapati, AI mungkin dapat mengenal pasti setiap kata laluan yang ditaip dengan ketepatan 95 peratus.
Ia dapat dikenal pasti dengan hanya menggunakan mikrofon telefon pintar yang berdekatan.
Kajian itu dibuat berdasarkan Model AI yang dilatih oleh penyelidik untuk menekan 36 kekunci pada Macbook Pro sebanyak 25 kali dan merakam bunyi.
Bunyi itu kemudiannya dimasukkan ke dalam AI, di mana ia dapat mengenal pasti corak setiap kunci dengan betul.
Justeru, saintis memberi amaran bahawa ia boleh menyebabkan sesiapa sahaja yang menggunakan komputer mereka di kafe, perpustakaan berisiko untuk datanya dicuri.
Dapatan kajian itu telah diperoleh hasil daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Universiti Surrey, Durham dan Royal Holloway.
“Saya dapat melihat ketepatan dan serangan sedemikian meningkat.
“Setiap kekunci mempunyai audio atau suara unik, yang boleh menyimpulkan huruf yang ditekan,” kata pengarang bersama kajian itu, Dr Ehsan Toreini.
Perkara itu berlaku selepas ahli sains saraf dan ahli falsafah, Sam Harris berkata bahawa AI berada di ambang untuk menjadi ‘manusia super’.
Di masa depan, segala atas talian mungkin palsu
Selain itu, Sam turut memberitahu Diary CEO Podcast bahawa dalam masa terdekat ‘kebanyakan dalam talian mungkin palsu tidak lama lagi’.
Tambahnya, AI juga mungkin pada akhirnya boleh mendatangkan kemusnahan kepada umat manusia itu sendiri.
Sam meramalkan, dalam sedekad atau lebih, teknologi baharu boleh menjadikan manusia berlebihan dan boleh menjerumus kepada kekecohan global.
Katanya lagi, kemodenan yang ada pada ketika ini sudah cukup menyebabkan keruntuhan tamadun global.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Terdahulu, Algoritma Artificial Intelligence (AI) dilaporkan berjaya mengesan sebuah asteroid besar dan berbahaya yang pernah mendekati bumi, lapor Metro.
Asteroid 600 kaki yang tidak dapat dikesan itu telah ditemui menggunakan algoritma terbaru yang direka untuk mengesan asteroid dari serpihan kecil data.
Asteroid bersaiz bangunan pencakar langit dinamakan sebagai 2022GN1 dilaporkan pernah mendekati Bumi pada September 2022.
Sumber: Daily Star