pengerusi felda
Gambar: BERNAMA

Ahmad Shabery Dilantik Semula Sebagai Pengerusi FELDA

Hannah

Ahmad Shabery Dilantik Semula Sebagai Pengerusi FELDA

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) secara rasmi mengumumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, FELDA menyatakan rasa sukacita atas pelantikan tersebut, yang sekali lagi mempercayakan kepimpinan Dato’ Sri Ahmad Shabery dalam menerajui hala tuju agensi itu ke arah yang lebih cemerlang.

Dato’ Sri Ahmad Shabery turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan untuk terus memimpin FELDA.

Dalam pada itu, pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan semula tersebut dan menyatakan keyakinan bahawa pengalaman luas, wawasan strategik serta komitmen tinggi yang dimiliki oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery akan terus membawa FELDA melangkah lebih jauh.

FELDA juga yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, agensi ini mampu bergerak selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Kredit: FELDA

BACA: Penghargaan Untuk Rakyat Bakal Diumum Esok Atau Rabu – PM

BACA: Anwar Sedia Hadapi Usul Undi Tidak Percaya Di Parlimen

BACA: Rumah Keluarga Nurly Shahirah Terima Kunjungan Wartawan Perancis

Sumber: FELDA