
KUALA LUMPUR, 28 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Dewan Rakyat pagi ini bagi merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14.
Seri Paduka tiba pada pukul 10.20 pagi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Persidangan kali ini akan berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac.
Sementara itu, Mesyuarat Dewan Negera yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac.
Menerusi akaun Twitter Bernama, Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli-ahli Parlimen untuk terus kekalkan persefahaman dan memelihara kestabilan politik dengan bantu dan memudahkan segara urusan rakyat untuk membina semula kehidupan dengan rasa selamat. Juga menyegerakan pemulihan ekonomi negara agar tidak ketinggalan.
“Baginda juga menyeru kerajaan untuk mengukuhkan lagi strategi dan ketahanan dalam menangani cabaran Covid-19 dan rakyat Malaysia untuk segera dapatkan dos penggalak bagi memastikan imuniti kekal pada tahap optimum,” tulis Bernama.
– BERNAMA