Agensi penguatkuasa telah diarah untuk memperketatkan kawalan di kawasan sempadan dan pintu masuk negara untuk mengelakkan penyeludupan warga asing.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia supaya memperketatkan lagi kawalan di sempadan negara.
Ia dilakukan bagi mengelak penyebaran jangkitan Covid-19 dengan lebih meluas.
Sumber: BERNAMA