Susulan daripada sidang media yang diadakan oleh Tun Mahathir Mohamad hari ini mengatakan bahawa undian untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak kukuh dan tiada keyakinan.
Tambahnya lagi, situasi di mana pihak yang kalah akan jadi kerajaan agak aneh.
Tun Mahathir Mohamad mendakwa mendapat sejumlah 114 Ahli Parlimen yang menykongnya sebagai Perdana Menteri kelapan.
Katanya lagi, beliau sudah menyediakan surat untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menerangkan kedudukan perkara itu serta sokongan 114 Ahli Parlimen berkenaan.
Sebelum ini, Tun Mahathir turut menjelaskan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), beliau bersama lima lagi Ahli Parlimen parti itu tidak bersama menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.
Sumber: Bernama