
AFC Perkenal Nations League Setara Eropah
Format pertandingan dan kaedah pelaksanaannya akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan dua kejohanan besar bakal dianjurkan selepas Piala Asia.
Bola sepak Asia dijangka melangkah ke fasa kemajuan baharu apabila satu kejohanan baharu akan diperkenalkan, menyerupai format Liga Negara-Negara Eropah (UNL). Lapor Stadium Astro, kejohanan ini akan melibatkan pasukan-pasukan gergasi Asia di bawah naungan serta kerjasama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Apa yang lebih menarik, semua perlawanan bakal berlangsung dalam kalendar rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Selain aksi persahabatan, kejohanan ini membuka peluang kepada setiap pasukan untuk menguji kekuatan, meningkatkan prestasi serta bersaing merebut kejuaraan.
Bagi Malaysia, Harimau Malaya turut berpeluang berdepan pasukan-pasukan di ranking tertinggi dunia dalam skop Asia.
BACA: Mbappe Samai Rekod Gol Ronaldo
Sumber: Stadium Astro