Adik Hud Aryan Meninggal Dunia
Gambar: Azean Nur Atikah Ramley via Facebook

Adik Hud Aryan Ditemukan Meninggal Dunia

Iqbal Yasir

Adik Hud Aryan Ditemukan Meninggal Dunia

TANAH MERAH — Misteri kehilangan kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di kawasan muara sungai, lapor Astro AWANI.

Perkara itu disahkan olehKetua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman sewaktu dihubungi.

Difahamkan, mayat kanak-kanak terbabit ditemui tersangkut pada pokok di muara sungai lebih kurang jam 4.20 petang, tujuh kilometer dari rumahnya.

Mengulas lebih lanjut, Mohd Zulkifli berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat.

“Mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan dibantu oleh orang awam.

“Ketika kejadian, paras air sungai tinggi dan hari ini air sudah surut yang mendorong kepada penemuan mangsa,” maklumnya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang di belakang rumah neneknya di Kampung Aira Kuala Tiga, selepas waktu maghrib pada Isnin.

Sumber: Astro AWANI

BACA: 50 Peratus Daripada 5,000 Sampel Beras Import Dicampur Beras Putih Tempatan