Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keadaan seorang remaja sindrom down, Bella kini sudah pulih dari kecederaan.
Memetik ringkas daripada Bernama, Ismail berkata remaja tersebut kini tiada gangguan emosi, kecederaan luka sudah pulih dan mempunyai keyakinan yang tinggi selepas menerima rawatan rapi.
Kerajaan hari ini telah menubuhkan satu lagi jawatankuasa Khas Kabinet bagi melindungi kumpulan rentan termasuklah wanita dan warga emas.
Menerusi satu ciapan daripada Twitter rasmi Perdana Menteri memaklumkan, Bella kini berada di sebuah rumah jagaan baru di Seremban. Difahamkan, keadaan dan keselamatan Bella berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, perbicaraan kes membabitkan seorang remaja kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Bella yang dipercayai didera sedang diperkatakan ramai. Dalam satu laporan memaklumkan Bella mengalami kecederaan fizikal pada tangan, dada, leher dan paha dipercayai melecur teruk. Remaja tersebut didakwa didera di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Kes perbicaraan masih lagi dijalankan.
Berita lanjut menyusul
Sumber: Bernama