Hasrat seorang remaja yang menghidap kanser otak untuk pulang beraya di kampung nampaknya akan terlaksana pada hari ini.
Ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh aktivis kemanusiaan, Natipah Abu yang gigih memohon bantuan sejak semalam untuk mendapatkan sebuah helikopter bagi melancarkan perjalanan remaja berusia 15 tahun itu.
Menerusi perkongsian terbaru Natipah, remaja yang dikenali sebagai Aifa itu akan berangkat pulang ke Kedah pada waktu tengah hari.
Natipah juga melahirkan rasa syukur kerana ada yang sudi membantu merealisasikan hajat adik Aifa yang dirasakannya bukan hajat yang biasa dan masa seperti semakin suntuk.
Ikuti perkongsiannya mengenai hajat adik Aifa tersebut di bawah ini.
AIFA
Bila ayah Aifa maklum kat Chik Pah hajat Aifa nak blk raya di kampung Chik Pah kira itu hajat biasa saja. Pun begitu Chik Pah tetap berusaha mencari bot laju sewa khas utk membawa pulang dari Langkawi ke Alor Setar.
Tetapi rupanya bot laju tidak sesuai utk Aifa kerana akan dilambung ombak. Hentakan akan berlaku, Aifa akan kesakitan yang amat sangat.
Kemudian Chik Pah mula mencari pesawat milik pihak berwajib. Melalui Muslim Care Malaysia, kami menulis kepada TUDM. Tetapi ini memakan masa.
Pagi tadi, Chik Pah dapat video Aifa. Ya Allah .. baru Chik Pah sedar, masa Aifa semakin suntuk dan hajat ini bukanlah hajat yang biasa lagi.
Chik Pah hampir berputus asa mencari heli walau untuk disewa. Tiba-tiba Allah gerakkan hati untuk menghubungi Dato Mohd Kamil Din , SUSK seorang insan hebat untuk Aifa.
Tanpa diduga, hajat itu disambut baik dan beliau menghantar wakil terus ke rumah Aifa untuk melihat keadaan Aifa.
Alhamdulillah
Esok heli akan berlepas dari Langkawi jam 11 pagi dan mendarat di SK BUKIT HIJAU POKOK SENA. Dari sana Aifa akan dibawa ke rumah datoknya dengan ambulan BRIDGED SUKARELA SIK.
Syukur Allah
Terima kasih semua
Jasa kalian tak terbalas
Sumber: Natipah Abu