Sos cili Sriracha mungkin tidak dikenali di negara ini namun ia cukup terkenal di Singapura, Australia dan New Zealand yang menjadi pelengkap dalam setiap hidangan.
Baru-baru ini, sos cili tersebut telah ditarik dari pasaran oleh pihak berkuasa di Australia dan New Zealand kerana dipercayai boleh meletup jika dibuka.
Badan standard makanan bersama bagi kedua negara tersebut memberi amaran bahawa sesetengah botol mempunyai asid laktik yang akan terus mengalami proses penapaian.
Apabila dibuka ia akan terpercik kepada orang awam atau harta benda yang boleh menyebabkan kulit dan mata mengalami kesan teruk.

“Jangan buka botol yang dilihat ‘kembung’ dan memulangkan produk tersebut di kedai yang dibeli untuk mendapatkan kembali duit anda,” kata Standard Makanan Australia New Zealand di dalam laman web mereka.
Badan Standards Makanan England, Wales dan Ireland Utara belum mengeluarkan penarikan semula pada mana-mana botol sis cili tersebut.
Dicipta pada tahun 1980 oleh seorang pelarian Vietnam, David Tran, yang berpindah ke Amerika Syarikat. Sriracha diperbuat dari cili, cuka dan bawang putih yang dijual meluas di seluruh dunia.
Sumber: Independent.co.uk