
Ada Pegawai Menteri Dipercayai Mula Kosongkan Pejabat, Tanda Parlimen Bubar Dalam Masa Terdekat?
Beberapa pegawai lantikan politik di kementerian dipercayai telah bertindak mengosongkan bilik masing-masing pada Rabu, 5 Oktober 2022. Berita tersebut sekaligus menguatkan desas-desus yang bahawa pembubaran parlimen akan berlaku dalam masa terdekat, lapor Astro Awani.
Sehingga hari ini, topik berkaitan tarikh pembubaran Parlimen masih menjadi topik hangat orang ramai dan Perdana Menteri masih berdiam diri untuk mengulas berkaitan isu tersebut. Disamping itu, kabar angin pembubaran Parlimen masih berlegar dengan dakwaan ia akan dilakukan dalam masa yang terdekat.
Memetik Awani, salah seorang pegawai yang berkhidmat dalam sebuah jabatan berkongsi di media sosial miliknya dengan mengatakan bahawa mereka telah selesai mengosongkan pejabat.
“Dah siap berkemas untuk kosongkan pejabat. Saya rasa bersyukur dapat diberi peluang berkhidmat sekali lagi dalam kerajaan,” tulisnya, lapor Awani.
Walau bagaimanapun, menurut penjelasan individu tersebut, tidak ada arahan yang dikeluarkan untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya, namun hal tersebut dilakukan sebagai persediaan awal menghadapi kemungkinan Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat.
“Jika tiada pembubaran Parlimen selepas Sidang Dewan Rakyat berakhir, saya akan kemas balik ofis di Putrajaya,” jelasnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kepada media bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertua Agong pada Khamis iaitu sehari sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat.
Namun, selain Bajet 2023, perincian sesi menghadap tersebut sama ada ia melibatkan pembubaran parlimen masih lagi menjadi tanda tanya.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Awani