Peningkatan kes COVID-19 kini makin menjadi-jadi dan membuatkan rakyat semakin bimbang. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mencegah virus ini, salah satunya ialah vaksin. Kini, vaksin telah banyak diedarkan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri.
Pun begitu, pelbagai pertanyaan mengenai vaksin yang berlegar di media sosial. Mungkin kurang kepastian yang menyebabkan perkara ini terjadi.
Antara soalan-soalan yang kerap ditanya oleh orang ramai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) adalah seperti yang dikongsikan oleh KKM di ruangan Twitter.
Antara soalan yang lazim adalah:
1. Vaksin manakah yang paling bagus?
Menurut infografik berkenaan, semua vaksin adalah bagus dan selamat.

2. Pantang larang selepas dicucuk. Adakah dibenarkan untuk ‘jogging‘, mandi atau minum kopi?
KKM menjelaskan tiada halangan atau pantang larang yang perlu dibuat.

3. Keberkesanan (efficacy) Pfizer lebih tinggi, mahal dan mungkin lebih bagus daripada Sinovac & Oxford-AstraZeneca (AZ) ?
Berdasarkan penjelasan sumber, Pfizer tidak boleh diletakkan bersebelahan dan dibandingkan nombornya dengan Sinova/AZ. Nombor perlu diterjemahkan mengikut kajian.
Berdasarkan peratus yang ditunjuk dalam infografik;
51.4 – 91.25% ‘efficacy‘ Sinovac vs placebo
95% ‘efficacy‘ Pfizer vs placebo
62 – 90% ‘efficacy‘ AZ vs placebo
Sumber: Twitter @KKMPutrajaya