Wanita sukar cari kerja
Sumber: Lohanny via TikTok

Ada 2 Ijazah & Kuasai 3 Bahasa, Wanita Menangis Sukar Cari Kerja

Athirah

Ada 2 Ijazah & Kuasai 3 Bahasa, Wanita Menangis Sukar Cari Kerja

Seorang wanita di New York meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila percubaannya mencari pekerjaan dari pintu ke pintu menemui kegagalan.

Lohanny Santos, 26, yang memiliki dua ijazah berkata, situasi yang dihadapi ketika itu merupakan detik paling ‘rendah’ pernah dihadapinya.

Lebih menyedihkan, kemahiran tiga bahasa yang dikuasainya juga tidak mampu membantu dia mendapatkan pekerjaan.

Lohanny berkongsi kisah itu menerus satu video yang dimuat naik di media sosialnya sambil memegang resume.

Wanita menangis, ada 2 ijazah dan bercakap tiga bahasa, tapi sukar cari kerja

“Sejujurnya, saya rasa sangat malu kerana saya cuma memohon pekerjaan dengan gaji paling minimun,” katanya dalam video tersebut.

Berkongsi lebih lanjut, percubaannya untuk mendapatkan pekerjaan di restoran makanan segera juga turut menemui jalan buntu.

“Situasi ini memberi tekanan kepada saya. Sekiranya saya mahu menjadi seorang TikToker, saya akan berbuat demikian.

“Tetapi saya perlu sedar, realitinya saya memerlukan pendapatan yang stabil. Saya akan terus berusaha,” katanya lagi.

Perkongsian video yang dibuat oleh Lohanny itu pantas menjadi viral dan menerima lebih 23 juta tontonan. Dia juga turut menerima banyak komen membina daripada warga maya.

Warga maya bagi semangat dan dorongan

“Beginilah cara memohon pekerjaan sebelum adanya internet. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana ini memberikan anda pengalaman dunia sebenar,” kata seorang warga maya.

“Jangan pernah berasa malu. Anda sepatutnya berasa bangga kerana bersikap realistik,” kata seorang lagi warga maya.

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang mencadangkan Lohanny memohon pekerjaan sebagai guru ganti atau sebagai jurubahasa di lapangan terbang.

Mereka berkata, tiga bahasa yang dikuasainya mungkin dapat membantu dia mendapatkan pekerjaan tersebut.

Selain itu, ada juga memberi galakan kepada Lohanny untuk memohon pekerjaan sebagai pramugari.

Kata seorang warga maya, mana-mana syarikat penerbangan sudah tentu akan mempertimbangkan permohonannya berdasarkan kemahiran bahasa dimilikinya.

BACA: Ini Platform Belajar AI Secara Percuma, Dua “Course” Dalam Masa 4 Jam

Sumber: New York Post