Abang Rider Terkejut Buat Job Paling "Rare" Pernah Dapat
Zaman sekarang, buat dua atau tiga kerja serentak bukan lagi perkara pelik. Selagi mampu, selagi halal, ramai yang sanggup korbankan masa dan tenaga demi menambah pendapatan.
Memang penat, itu tak dinafikan. Namun, kadangkala, dunia kerja part-time itulah yang mungkin mempertemukan seseorang dengan pengalaman 'unik' luar jangkaan.
Inilah yang dialami oleh seorang lelaki apabila perkongsian pengalamannya bekerja secara part-time sebagai rider mencuri perhatian ramai di media sosial.
"Job paling rare apa pernah dapat?"
Menerusi satu perkongsian di Threads, lelaki ini menceritakan bagaimana dia bekerja secara shift. Pada hari dia tidak bekerja dan hanya "standby" di rumah, mulalah rasa bosan.
Daripada hanya duduk tanpa buat apa-apa, dia mengambil keputusan untuk bekerja part-time sebagai rider. Mungkin, sekadar untuk isi masa dan tambah sedikit pendapatan.
Namun, dia langsung tak menyangka hari itu bakal jadi hari paling "rare" dalam sejarah kerjanya sebagai rider.
Menurut lelaki tersebut, satu job masuk seperti biasa. Tiada apa yang mencurigakan pada awalnya. Tetapi apabila dia melihat barang yang perlu dihantar, dia terus 'tergamam'.
Bukan makanan, bukan dokumen, bukan parcel biasa. Sebaliknya, sebungkus serangga yang menjadi musuh ramai.

Meriah komen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi pelbagai. Kaum wanita, khususnya, 'seram sejuk' dengan perkongsian itu.
"Kalau aku, tak ambil dah job tu..."
"Kalau aku tu nangis dulu kot baru delivery..."
"Area mana pick up tu? Nak ambil langkah berjaga-jaga..."
Menariknya, kisah lipas itu membuka ruang kepada ramai rider lain untuk berkongsi pengalaman masing-masing. Rupanya, abang ni tidak keseorangan.
"Busur panah adalahbro, binatang memang takkan kecuali ikan atau ketam hidup. Pernah ada order masuk ambil ayam hidup. Memang taklah..."
"Masa PKP bang, saya bawa katak besar bang. Ada dalam 15 ekor dalam beg. Sampai traffic light dia boleh berbunyi reramai. Bebudak rider sebelah siap terkejut dan tanya 'Bro, bawa apa?' Aku cakaplah katak afrika kut. Ramai-ramai berdekah kat traffic light... Jatuh reputasi hari tu..."