Satu perkongsian di Twitter berkenaan seorang anggota polis trafik menghantar sepupu pengguna Twitter bernama @aimadazfar pergi exam telah menjadi tular.
Menurutnya, satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori membawa muatan tanah telah berlaku. Susulan daripada itu, jalan telah terhalang.
Seorang anggota polis yang baik hati telah menghantar sepupunya untuk menjawab peperiksaan yang dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi selepas dia tersangkut dalam kesesakan tersebut.
Warganet yang tersentuh dengan tindakan anggota polis tersebut telah menzahirkan pujian serta ucapan terima kasih kepadanya.




Perkongsian itu juga telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah meraih lebih 4 ribu ulang ciap dan lebih 4 ribu Likes di Twitter.
Sumber: @aimadazfar