
Kematian bekas anggota kumpulan K-pop wanita terkenal Korea Selatan, Goo Hara, di kediamannya di Cheongdam, pada 24 November lalu, ternyata mengejutkan ramai.
Sehari sebelum ditemui meninggal dunia, penyanyi berusia 28 tahun itu juga sempat berkongsi sekeping gambar kepada peminat di Instagram miliknya berserta ucapan ‘selamat malam’ yang terakhir.

Terbaru, menerusi laporan sumber, pada 27 November, abang kepada penyanyi tersebut telah mendedahkan salah satu mesej terakhir antara mereka berdua.
Dalam perbualan yang menyentuh hati ramai itu, abangnya dilihat seakan meminta adik kesayangannya untuk terus bertahun dan menyatakan bahawa dia menyayangi Hara.

Hara membalas mesej tersebut dengan ringkas, meminta supaya abangnya tidak risau akan keadaan dirinya itu.
Perbualan terakhir antara mereka itu membuatkan ramai yang tersentuh dan rata-ratanya percaya bahawa mesej tersebut adalah susulan kepada kematian sahabat baik Hara iaitu Sulli, beberapa mingggu sebelum itu.
Sumber : allkpop