Ayah kepada pelawak terkenal dari kumpulan Bocey iaitu Achey dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah.
Berita tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di laman instagram fadbocey.
Menerusi perkongsian di laman Instagram Achey pula, selebriti itu meluahkan rasa sedihnya dan memaklumkan bahawa abahnya sudah tiada lagi.
Terdahulu, Achey ada meluahkan rasa bimbang berkenaan kesihatan ayahnya yang dikejarkan ke hospital Segamat semalam kerana tidak sedarkan diri.
Rakan-rakan artis yang mengetahui berkenaan berita sedih tersebut turut memanjatkan doa dan kata-kata semangat buatnya.



Marilah kita sama-sama mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah.
Sumber: fadbocey/acheykintangkintung