Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Siapalah kita tanpa mereka insan yang hebat ini. Inilah yang boleh digambarkan apabila seorang pemuda berkongsi pengalaman tidak pernah mendapat pujian daripada seorang ayah.
Tidak dinafikan, ego seorang ayah sangat tinggi tambah-tambah lagi bila di hadapan anak-anak. Sebenarnya merekalah yang menjadi ‘penyokong’ pertama kita untuk membuat sesuatu.
Kisah ini dikongsikan menerusi laman Twitter Mirul Adzim tentang peribadi ayahnya yang dia sendiri tidak tak tahu. Apa yang memberi kesan mendalam tentang ayahnya ini, selepas ayahnya ‘pergi’ buat selama-lamanya baru dia tahu bahawa ayahnya sering memuji kehebatan minatnya dalam bidang fotografi.
“Abah tak pernah ambil kisah atau puji gambar-gambar yang aku ambil tetapi…”

Arwah abah aku tak pernah ambil kisah atau puji gambar-gambar yang aku ambil. Aku menang pertandingan pun dia diam je. Tapi lepas dia meninggal, masa aku nak ambil barang dekat pejabat dia, tetiba ada staff datang tegur aku.
Tegur dan bagitahu yang arwah selalu cerita dan puji yang anak dia pandai ambil gambar, selalu tunjuk dan cerita gambar yang aku ambik dekat staff dia. Masa tu memang jatuh terus air mata aku, tak dapat tahan dah depan orang.

Siapa sangka selama ni depan aku dia diam, tak banyak cakap tapi dekat belakang dia bangga dengan aku siap cerita dekat kawan-kawan. I miss you so much, dad.
Sumber: Mirul Adzim