Wabak COVID-19, Sidang Kemuncak AS-ASEAN Tetap Diadakan, Kata Pompeo

Sofea

WASHINGTON, 26 Feb (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) tetap komited untuk menganjurkan sidang kemuncak bersama dengan ASEAN meskipun wabak COVID-19 sedang melanda, kata Setiausaha Negara Mike Pompeo pada Selasa.

“Sidang kemuncak ASEAN tetap diadakan. Kami sedang berusaha ke arah itu,” kata Pompeo kepada pemberita lapor agensi berita Sputnik.

Beliau berkata persiapan masih berjalan untuk penganjuran sidang kemuncak yang dijadual pada minggu kedua Mac di bandar Las Vegas, AS.

Wabak COVID-19 menyaksikan beberapa acara antarabangsa di seluruh dunia dibatalkan. Sehingga Selasa, virus itu telah menjangkiti lebih 80,000 orang di seluruh dunia dan mengorbankan lebih 2,700 pesakit.

Lebih 27,800 orang lagi dibenarkan keluar hospital.

— BERNAMA