Kredit: MKN

910 PATI, 158 Tekong Ditahan Cuba Masuk Sempadan Negara Secara Haram – Ismail Sabri

Amira

Putrajaya, 19 Jun – Seramai kira-kira 910 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dalam cubaan memasuki negara secara haram.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara yang ditahan adalah 158 tekong serta 21 individu dipercayai penyeludup.

“Dari 1 Mei hingga semalam, seramai 910 pati dan 158 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutamanya melalui lorong-lorong tikus.

“Turut ditahan adalah 21 individu yang disyaki sebagai penyeludup serta 18 buah kapal,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan tidak akan berkompromi mana-mana pihak yang bersubahat dengan sindiket seludup PATI ke Malaysia.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara