Gambar:Nraishah

“9 Tahun Tanpa Khabar,” Gadis Mohon Bantuan Warganet Jejak Abang Kandung

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kehilangan orang tersayang sememangnya satu pengalaman yang ingin dielakkan oleh semua orang. Malah, sekiranya perpisahan itu adalah dalam jangka masa yang panjang, sudah pastinya akan tertanam rasa rindu yang tidak mampu untuk diungkap dengan kata.

Menerusi satu kiriman di Twitter, seorang gadis mencari abang kandungnya yang sudah 9 tahun tidak dijumpai dan tidak ada khabar berita.

Nuraishah Amirah memohon bantuan orang ramai agar dia dan keluarga dapat bertemu semula dengan abangnya yang bernama Muhammad KhairMuizz.

Telah lama tidak menyambut raya bersama, Nraishah juga merayu kepada abangnya agar menghubungi keluarganya dan berharap mereka dapat bertemu semula.

Dalam ciapan tersebut juga, gadis ini turut menitipkan ucapan terima kasihnya terhadap sesiapa sahaja yang telah membantunya.

Dengan harapan yang tinggi, dia juga turut percaya bahawa mereka sekeluarga akan dipertemukan dengan abang kandungnya.

Sumber: nraishah_