
Malayan Banking Berhad (Maybank) hari ini dalam satu kenyataan di laman Twitter rasmi mereka memaklumkan bahawa beberapa servis perbankan termasuk perbankan atas talian akan mengalami gangguan pada 3 April 2021, bermula jam 11.30 pagi sehingga 11.59 pagi.
Ini servis perbankan yang akan tergendala:
• Maybank2u & Online Payments
• Maybank2u App • MAE App
• QRPay Biz App
• Wealth App
• FPX Payment
• Debit Card Transactions
• Automated Teller Machine (ATM)
• Smart Recycle Machine (SRM)
• Cheque Deposit Machine
Untuk mengurangkan masalah transaksi pada tempoh tersebut, Maybank menasihatkan agar melakukan transaksi lebih awal dan pihak Maybank memohon maaf atas segala kesulitan.
Sumber: Maybank