Sebanyak 19 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini di mana 12 kes merupakan penularan tempatan dan baki selebihnya adalah kes import.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua kes penularan tempatan melibatkan 3 bukan warganegara dan 9 warganegara Malaysia.
Empat negeri telah dikesan dalam kes 9 rakyat tempatan iaitu Selangor (4 Kes), Sabah (3 kes), Melaka dan Sarawak masing-masing 1 kes.
Manakala 3 kes bukan warganegara melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 2 kes dan Pahang 1 kes.
Sumber: KKM Putrajaya