9 Jenis Bau Busuk Yang Boleh Diatasi Dengan Hanya Menggunakan Baking Soda

Faiz Mustafa

Baking soda atau soda bikarbonat tidak hanya bermanfaat sebagai bahan dalam pembuatan makanan seperti kek dan kuih. Baking soda juga merupakan bahan pembersih semula jadi yang boleh digunakan di rumah. Selain sebagai bahan makanan, baking soda turut boleh digunakan untuk membersihkan karat, kotoran serta menghilangkan bau yang menggangu di rumah. Caranya, baking soda dapat digunakan tanpa campuran atau dicampurkan dengan bahan lainnya. Dipetik dari Life Hack, Selasa (8/12/2020), berikut manfaat baking soda untuk menghilangkan 10 jenis bau di rumah.

1. Menyegarkan udara di ruangan

Selain menggunakan produk pewangi ruangan, anda juga boleh dengan mudah menyegarkan udara di rumah dengan menggunakan baking soda. Caranya, tambahkan satu sudu makan baking soda ke dalam bekas berisi air dan beberapa titis minyak esensial kesukaan anda.

2. Menghilangkan bau peti sejuk

Seringkali peti sejuk di rumah akan mengeluarkan bau kurang sedap akibat bermacam jenis bahan makanan yang disimpan di dalamnya. Untuk menghilangkan bau peti sejuk, cukup letakkan baking soda ke dalam pinggan kecil atau bekas kecil terbuka di dalam peti sejuk.

3. Menghilangkan bau pada karpet

Karpet yang lembab dan kotor akan mengeluarkan bau yang kurang sedap. Untuk menghilangkan bau tersebut, taburkan baking soda pada permukaan karpet. Tunggu selama 15 menit atau semalaman, kemudian sedut karpet dengan menggunakan vacuum cleaner. Karpet akan kelihatan lebih bersih dan beraroma seperti baru.

4. Mengurangkan bau pada tempat sampah

Tempat sampah yang berbau menimbulkan ketidaknyamanan di rumah dan mengundang lalat mahupun tikus. Untuk mengurangi bau itu, taburkan baking soda pada bahagian dasar tempat sampah.

5. Menghilangkan bau pada kasut dan beg olahraga

Kasut dan beg olahraga yang digunakan mengandungi peluh dan bakteria yang menyebabkan bau busuk. Cara mengatasinya, taburkan baking soda pada beg olahraga. Selain itu, taburkan baking soda pada kasut olahraga yang telah dipakai, kemudian goncang kasut agar baking soda bertaburan rata. Ini akan membuat kasut beraroma lebih segar hingga ketika mahu diguna pakai nanti.

6. Menyegarkan aroma almari pakaian

Baking soda juga boleh digunakan untuk menyegarkan aroma almari pakaian. Tempatkan bekas berisi baking soda di dalam almari pakaian. Untuk sekaligus mengusir serangga seperti lipas, tambahkan beberapa titik minyak lavender.

7. Menghilangkan bau pada tandas

Tandas di bilik mandi yang berbau tentu akan menimbulkan ketidaknyamanan untuk penghuni di rumah. Untuk menghilangkan bau tersebut, tuangkan satu cawan baking soda ke dalam tandas, diamkan selama satu jam, lalu flush atau siram dengan air.

8. Menghilangkan bau pada bekas pasir kucing

Sebelum menuangkan pasir, taburkan baking soda hingga permukaan kotak pasir kucing tertutup. Kemudian, barulah tuangkan pasir kucing.

9. Menghilangkan bau pada papan pemotong

Papan pemotong yang sering digunakan seringkali mengeluarkan bau yang kurang sedap. Untuk menghilangkan bau, taburkan baking soda pada papan, gosok dan bilas.

Sumber- Kompas.com