
9 Barang Yang Tak Patut Dicuci Guna Cuka, Ini Sebabnya
Sejak dahulu lagi, cuka sering dianggap sebagai salah satu bahan yang berguna. Cuka juga sering digunakan untuk mengawet makanan, tujuan perubatan dan juga sebagai ejen pembersihan. Ia salah satu bahan yang dianggap mampu menjadi penyelamat terutamanya ketika membersihkan kawasan rumah.
Tambahan pula, sifat cuka sebagai asid juga kerap dianggap mampu menghilangkan kotoran-kotoran degil yang sukar ditanggalkan. Kebiasaannya, campuran cuka dan air sering digunakan untuk menghilangkan kotoran degil.
Namun begitu, penggunaan cuka sebagai ejen pembersihan tidak memastikan ia selamat digunakan untuk kesemua peralatan.Penggunaan cuka terhadap beberapa benda dan permukaan yang tertentu juga mampu menambahkan risiko untuk rosak.Justeru, berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibersihkan dengan cuka.
Meletakkan cuka ke dalam mesin basuh bukanlah satu idea yang baik. Ia mampu merosakkan komponen dalaman yang terdapat dalam mesin tersebut. Sebaliknya, anda boleh menggunakan cuka pada pakaian sebelum dibasuh, namun pastikan anda membilasnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Walaupun ramai yang menganggap penggunaan cuka mampu membersihkan celah-celah jubin, pakar melarang penggunaan tersebut, tambahan lagi jika ia tidak mempunyai lapisan pelindung.
Jika anda menjatuhkan telur di kawasan dapur rumah anda, mencucinya menggunakan cuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Menurut Good Housekeeping, keasidan yang terdapat pada cuka mampu menyebabkan kuning telur membeku dan makin menyukarkan proses penyucian.
Sekiranya anda mempunyai meja marmar di rumah, elakkan membersikan meja tersebut dengan cuka. Menurut Welberson DosSantos dalam NYC Marble, asid bertindak balas dengan kalsium karbonat dan sekaligus akan merosakkan permukaan tersebut. Jadi, solusi lain adalah menggunakan campuran air dan pencuci pinggan.
Cuka mampu menjejaskan permukaan kayu terutamanya lantai kayu dan juga perabot. Mencampurkan air dengan cuka tidak membantu. Sebaliknya, cuka tetap mampu menghakis permukaan tersebut. Lebih-lebih lagi jika permukaan tersebut tidak dilindungi dengan permukaan pelindung.
BACA: Hati-Hati, Ketahui Ini 8 Tanda Pelaburan Yang Tidak Sah
BACA: 7 Tip Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu
Ramai yang menganggap mencuci pisau dengan cuka mampu menghilangkan kotoran. Namun, penggunaan cuka pada pisau boleh menyebabkan permukaan pisau menjadi rosak. Sebaliknya, anda boleh membersihkan pisau anda dengan menggunakan sabun pencuci pinggan dan air suam sahaja.
Elakkan penggunaan cuka terhadap bahan keluli tahan karat kerana ia mempunyai lapisan kromium oksida nipis yang mampu melindunginya daripada menjadi karat. Asid seperti cuka mampu menghakis lapisan perlindungan tersebut sekiranya digunakan secara berterusan kepada permukaannya. Sebaiknya, gunakan span lembut dan sabun pencuci pinggan untuk membersihkan kotoran.
Ramai yang menggunakan cuka pada seterika ataupun seterika wap mereka, bukan untuk membersihkan pakaian ataupun mengurangkan kedutan, sebaliknya untuk membersihkan peralatan itu sendiri. Pakar menjelaskan penggunaan cuka terhadap seterika ataupun seterika wap mampu menjejaskan mineral yang terkandung dalam peralatan tersebut.
Membersihkan telefon bimbit dan barangan elektronik yang lain mungkin dianggap sebagai salah satu cara yang berkesan utuk menghilangkan kotoran terutamanya pada permukaan skrin. Namun begitu, kekerapan penggunaan cuka terhadap skrin telefon bimbit ataupun peralatan elektronik yang lain menyebabkan lapisan perlindungan pada skrin menjadi rosak dan akhirnya menjejaskan penggunaannya. Sebaiknya, gunakan kain mikrofiber dan semburan pencuci untuk mencuci barangan elektronik rumah anda.
Penggunaan cuka dalam kehidupan seharian sememangnya memudahkan pekerjaan kita. Namun, kesilapan penggunaan cuka kepada beberapa benda yang ada di kawasan rumah kita juga mampu menjejaskan kualiti, menyebabkan kerosakan dan mengurangkan jangka hayat sesuatu benda. Oleh itu, pastikan anda semak kualiti untuk memastikan ketahanan barangan anda terpelihara.
Sumber: Mental Floss, Grout Magnificient, NYC Marble