Hari ini menerusi laman Twitter KKM Putrajaya, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan 5 tahap jangkitan Covid-19 pada manusia.
Menurut infografik itu, tahap yang pertama ialah Tidak Bergejala. Manakala, Tahap kedua, Bergejala tanpa radang paru-paru. Tahap ketiga pula, bergejala dengan radang paru-paru. Tahap keempat, bergejala dengan radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen. Yang terakhir, pesakit kritikal dengan penglibatan multiorgan.
Tidak Bergejala
Bergejala Tanpa Radang Paru-Paru
Bergejala Dengan Radang Paru-Paru
Bergejala Dengan Radang Paru-Paru Dan Memerlukan Bantuan Oksigen
Pesakit Kritikal Dengan Penglibatan Multiorgan
Menurut KKM lagi, 88 peratus pesakit positif Covid-19 di Malaysia berada di tahap satu dan dua. Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua sehingga 14 April 2020. Kerajaan menyeru untuk semua orang untuk duduk di rumah dan sentiasa membasuh tangan menggunakan sabun.

Sumber: KKM Putrajaya