88 Peratus Dewasa Lengkap Vaksin, Hanya 2 Peratus Sebelum Rentas Negeri Dibenarkan – KJ

Eyla Azri

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin melalui ciapan di Twitter memaklumkan, Malaysia telah mencapai 88 peratus kadar lengkap vaksin dewasa.

Tambah Khairy, hanya 2 peratus sahaja lagi yang perlu dicapai untuk membuka sempadan negeri. Setelah ianya ducapai, rakyat Malaysia tak perlu lagi memohon surat rentas negeri untuk melakukan perjalanan ke negeri lain.

Setakat jam 11.59 malam semalam, sebanyak 20,603,249 atau 88 peratus individu dewasa telah lengkap vaksin COVID-19. Manakala 94.4 peratus telah menerima vaksin dos pertama.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengurusikan oleh Perdana Menteri telah bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri setelah 90 peratus kadar vaksinasi dewasa tercapai. Pusat pelancongan, pulau dan kawasan pelancongan lain juga akan turut dibuka.

Sumber: Khairy Jamaluddin