
8 Punca “Aircond” Kereta Korang Tak Sejuk
Tak dinafikan, salah satu komponen paling penting dalam sesebuah kereta sudah tentu penghawa dingin atau aircond.
Di negara beriklim panas seperti Malaysia, aircond boleh dikatakan satu keperluan untuk memastikan pemandu dan penumpang kekal selesa sepanjang perjalanan.
Jadi, bila aircond mula ‘buat hal’ dan tak sejuk seperti biasa, suasana dalam kereta boleh jadi tidak selesa, apatah lagi bila cuaca tengah terik.
Bila benda ni jadi, ramai yang menganggap compressor kereta dah rosak, sedangkan punca sebenar mungkin pelbagai. Ini sebab menurut TikTok @altimatautogarage, terlalu banyak bahagian aircond yang boleh rosak.
Jadi, kami kongsikan lapan punca yang boleh menyebabkan aircond kereta korang tak sejuk, seperti dikongsikan oleh TikTok @altimatautogarage.

Ramai tak tahu, relay memainkan peranan penting untuk bekalkan kuasa elektrik kepada sistem aircond. Kalau relay terbakar atau “short”, compressor tidak akan menerima kuasa yang cukup.
Akibatnya, aircond langsung tak berfungsi. Berita baiknya, jelas TikTok @altimatautogarage, relay ni murah saja, biasanya cuma belasan ringgit untuk diganti.

Hos atau paip aircond berfungsi sebagai laluan gas penyejuk. Jika ada kebocoran, gas ini akan keluar dan menyebabkan tekanan dalam sistem jadi tak cukup, selain udara yang keluar tak lagi sejuk.
Jadi, kalau korang dah top-up gas banyak kali tapi tetap tak sejuk, kemungkinan besar ada kebocoran yang belum dibaiki.

Expansion valve kawal aliran gas penyejuk ke dalam sistem aircond. Jika ia tersumbat, gas tak dapat mengalir dengan baik, menyebabkan penyejukan gagal berlaku.
Ini antara punca yang sering berlaku tetapi sukar dikesan tanpa pemeriksaan lanjut oleh mekanik, jelas TikTok @altimatautogarage.

Pressure switch bantu kawal tekanan dalam sistem aircond. Kalau alat ini rosak, sistem mungkin tidak dapat kesan tekanan yang betul, dan menghalang compressor daripada beroperasi. Akibatnya, udara yang keluar dari corong pun tak sejuk.

Setiap valve aircond mempunyai getah “o-ring” untuk menahan kebocoran gas. Namun, apabila getah ini lama-lama mengeras atau retak, gas boleh keluar sedikit demi sedikit.
Masalah ini nampak kecil, tapi cukup untuk buatkan aircond tak lagi sejuk macam dulu.

Kadang-kadang, punca sebenar bukan pada sistem dalaman tetapi pada suis kawalan di papan pemuka.
Kalau suis ini haus atau rosak, sistem tak dapat menghantar isyarat untuk mengawal suhu, blower atau fungsi “on/off”. Tekan banyak kali pun, suhu tetap sama, panas.

Penapis kabin yang berhabuk dan tersumbat akan menghalang aliran udara sejuk dari sistem aircond. Kalau korang dah lama tak tukar cabin filter, mungkin ia dah penuh habuk atau kotoran.
Penapis ni sepatutnya ditukar setiap 6 bulan atau mengikut jadual servis, jelas TikTok @altimatautogarage.

Blower ialah kipas yang menolak udara sejuk ke ruang dalam kereta. Jika blower lemah, jammed atau rosak, udara yang keluar akan perlahan dan tidak cukup kuat untuk menyejukkan kabin.
Ramai terus ‘tuduh’ compressor bila aircond tak sejuk, sedangkan itu bukan selalu penyebab utama.
Menurut TikTok @altimatautogarage, ,memang benar compressor boleh rosak. Tapi, sebelum menukar bahagian ini yang harganya agak mahal, pastikan dahulu semua komponen lain diperiksa.
Semoga bermanfaat.
BACA: Tabiat Korang Patut Tinggalkan Kalau Tak Nak Kereta Cepat Rosak
Sumber: TikTok @altimatautogarage