
8 Negeri Diramal Hujan Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga jam 5 petang ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kampar, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.
“Selain itu, di Selangor pula melibatkan tiga daerah iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan antara kawasan yang diramal hujan petang ini.
“Sementara itu, dua daerah di Melaka dijangka hujan iaitu, Alor Gajah dan Melaka Tengah. Di Johor, beberapa kawasan diramal hujan seperti. Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Beralih ke Sarawak, beberapa kawasan dijangka hujan melibatkan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).
“Manakala di Sabah termasuk Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Dalam masa yang sama, keseluruhan kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diramal hujan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia