
Program MILO® Hidup Bola meraikan ulang tahun ke-20 sebagai platform futsal remaja paling berpengaruh di Malaysia. Sejak tahun 2005, ia bukan sekadar kejohanan, tetapi medan melatih disiplin, keyakinan dan semangat juang anak muda.
Di gelanggang, sorakan jaringan gol bukan sahaja jadi tumpuan. Yang lebih penting, lahirnya persahabatan, keberanian, dan daya tahan setiap kali berdepan cabaran.
Bagi pasukan Kuweng FC, dua dekad penglibatan mereka membuktikan Hidup Bola bukan sekadar tentang menang atau kalah. Jurulatih mereka, Mohd Rosli Bin Mat Ariffin (Coach Rosli), percaya kekuatan sebenar datang daripada keyakinan sesama pemain dan semangat sepasukan. “MILO® Hidup Bola adalah platform terbaik untuk futsal remaja. Saya lihat ramai anak muda berubah, bukan sahaja lebih hebat di gelanggang, tetapi juga lebih berdisiplin dan yakin dalam hidup,” kata Coach Rosli.
Ramai bakat yang bermula di sini akhirnya terpilih ke sesi pemilihan pasukan kebangsaan, malah ada yang beraksi di pentas antarabangsa.
Tahun ini, kejohanan menyaksikan:
Stylo Milo Orange (Johor) – Juara B12
Seven E FC (Sabah) – Juara B16
Pemain Terbaik: Muhammad Adith Iqram (B12) & Muhammad Adil Qayyum (B16)
Penjaga Gol Terbaik: Mohamad Aniq Zahfran (B12) & Muhamad Arifin (B16)
Dengan hadiah keseluruhan RM94,000, aksi final penuh dramatik membuktikan bakat muda Malaysia semakin menyerlah.
Selepas 20 tahun, misi MILO® Hidup Bola tetap sama memberi inspirasi kepada setiap anak muda yang berimpian, menyokong jurulatih yang berkorban untuk pasukan, dan memperkasakan keluarga yang setia di tepi gelanggang.
Di MILO® Hidup Bola, futsal hanyalah permulaan. Apa yang lebih penting, di sinilah masa depan dibina satu gol, satu jurulatih, satu impian pada satu masa.