Gangguan tidur merupakan hal yang paling umum menyerang orang-orang mengalami masalah insomnia. Satu dari setiap tiga orang dewasa akan mengalami insomnia, manakala satu dari 10 orang dewasa mengalami insomnia kronik. Bagi sesetengah orang, insomnia biasanya merupakan fasa yang muncul akibat dari berbagai faktor, seperti stress.
Setelah stress hilang, insomnia pun akan turt hilang. Jenis insomnia ini biasanya dapat diatasi dengan mencuba berbagai metod semula jadi. Mengubah pola permakanan khususnya di malam hari menjelang waktu tidur adalah cara mudah yang boleh dilakukan untuk membantu menyembuhkan insomnia.
Berikut ini adalah beberapa makanan yang yang dapat membantu anda senang tidur atau melawan insomnia:
1. Daging unggas
Dipetik dari American Sleep Association, daging ayam atau ayam belanda mengandungi triptofan. Triptofan adalah acid amino yang dapat membantu tubuh membuat serotonin, iaitu hormon keadaan hati yang menenangkan. Sementara, serotonin sendiri dapat membantu tubuh membuat melatonin, iaitu hormon yang mengawal siklus tidur dan bermanfaat juga untuk mengurangkan depression.
2. Ikan berlemak
Beberapa ikan berlemak seperti salmon, tuna dan halibut paling banyak mengandungi vitamin B6. Vitamin inilah yang dapat mendorong tubuh meningkatkan penghasilan melatonin, hormon yang bermanfaat untuk membuat anda mengantuk. Jadi jangan ragu untuk mengamalkan ikan ketika makan malam untuk melawan insomnia.
3. Susu atau yogurt
Yogurt merupakan sember kalsium yang berperanan mewujudkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Hal ini kerana di dalam tubuh, kalsium dapat mendorong penghasilan hormon penyokong tidur, iaitu triptofan dan melatonin. Jika anda tidak menyukai yogurt, kalsium juga dapat ditemukan dalam produk susu lainnya. Anda juga boleh mengamalkan susu panas sebelum tidur. Demi kesihatan, pilihlah susu rendah lemak.
4. Sayur kangkung
Seperti yogurt, kangkung juga kaya akan kalsium yang penting untuk membuat hormon tidur tersebut bekerja.
5. Pisang
Pisang termasuk makanan yang mengandungi kalium tinggi, yang dapat membantu anda tidur sepanjang malam. Pisang juga memiliki triptofan dan magnesium yang merupakan ubat penenang semula jadi.
6. Whole grain
Whole grain adalah istilah yang berkaitan dengan jenis makanan bertepung tetapi dalam versi lebih sihat kerana merupakan produk olahan dari bijirin penuh. Bijirin ini mendorong penghasilan insulin yang menghasilkan aktiviti triptofan pada otak. Whole grain juga memiliki magnesium yang dikatakan dapat membantu anda tertidur lelap. Ketika kadar magnesium terlalu rendah, anda cenderung terbangun di malam hari.
7. Madu
Glukosa dalam madu dapat menurunkan kadar orexin, neurotransmitter pada otak yang membuat anda lebih waspada. Ini bermaksud madu akan membalikkan kesedaran itu dan membuat anda lebih bersedia untuk tidur.
Sumber- Medical News Today