kpm guru kasari murid
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

6,034 Orang Guru COS Baharu Ditempatkan Di Sekolah KPM Seluruh Negara

Nurul Naqiyah

6,034 Orang Guru COS Baharu Ditempatkan Di Sekolah KPM Seluruh Negara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penempatan seramai 6,034 orang guru baharu Lantikan Secara Kontrak (COS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara bermula pada 15 April 2024.

guru baharu cos di sekolah kpm
Sumber : Bernama

Seramai 1,858 calon daripada keseluruhan jumlah guru baharu COS ditempatkan di sekolah menengah manakala seramai 4,176 lagi di sekolah rendah. Penempatan guru baharu COS dibuat berdasarkan kepada tiga prinsip asas iaitu kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen / mata pelajaran semasa di sekolah.

KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu COS bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah-sekolah seluruh negara. KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi.

Pelantikan guru baharu COS adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.