6 Wilayah Di Indonesia Diletak Status Berjaga-jaga Dengan Ancaman Kebakaran Hutan

Fazidi

Sekurang-kurangnya enam wilayah di Indonesia diletakkan syarat berjaga-jaga bagi berdepan darurat akibat kebakaran hutan.

Menurut laporan The Jakarta Post, Ketua Pusat Data, Informasi dan Komunikasi Badan Nasional Bencana (BNPB), Raditya Jati berkata, pihaknya telah meminta pemerintah tempatan supaya meningkatkan persediaan berdepan dengan ancaman hutan terbakar, antaranya mengisytiharkan darurat.

Katanya, tempoh masa darurat juga berbeza-beza bagi setiap wilayah, yang terletak di Kepulauan Sumatera dan Kalimantan.

Keenam-enam wilayah berkenaan adalah Riau dimana hutan yang terbakar dijangka berpanjangan hingga 31 Oktober bermula 11 Februari, Sumatera Selatan (20 Mei – 31 Oktober), Jambi (29 Jun – 26 September), Kalimantan Barat ( 2 Julai – 31 November), Kalimantan Tengah (1 Julai – 28 September) dan Kalimantan Selatan (1 Julai – 30 November).

Raditya turut menambah, langkah-langkah pencegahan boleh diambil jika pasukan pemadan kebakaran hutan berjaya memadamkan api-api dikawasan titik panas dikenalpasti secepat mungkin.

Setakat ini, BPNB sudahpun mengerahkan seramai 6,000 anggota pemadam kebakaran hutan dengan 1,000 anggota dihantar bagi setiap wilayah yang dikenalpasti.

Sumber: The Jakarta Post