6 negeri dijangka hujan
Kredit: Bernama

6 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Azizah Najib

6 Negeri Dijangka Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir bakal melanda enam negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, kebanyakan kawasan di pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia bakal dilanda cuaca buruk.

Di Kelantan, daerah yang tersenarai merupakan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah. Begitu juga Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu pula, Met Malaysia menjangkakan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman bakal hujan lebat.

Terus ke Pahang, hanya daerah Kuantan, Pekan dan Rompin diramal hujan lebat.

Keadaan cuaca di selatan pula menunjukkan cuaca buruk melibatkan daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Beralih ke Sarawak, hanya daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong dan Kapit (Kapit) disenarai Met Malaysia.

Manakala di Sabah pula, daerah yang bakal menerima hujan lebat termasuk Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elakkan berada di lokasi berisiko.

Terdahulu, Met Malaysia turut mengeluarkan amaran gempa bumi yang berlaku di Timur Kepulauan Filipina sekitar jam 9.58 pagi tadi. Gempa di koordinat 7.8° Utara dan 129.6° Timur bermagnitud 6.1 skala Richter itu berlaku dengan kedalaman 58 kilometer.

Namun, kejadian gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami terhadap Malaysia.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)

BACA: Rakyat Malaysia Perlukan Badan Pelindung Daripada Bahaya Sinaran Radioaktif Berlebihan

BACA: Lelaki Ziarah Pusara Ibu, ‘Borak’ Guna Bahasa Isyarat Undang Rasa Sebak

BACA: Nahas FRU: Mahkamah Keluar Waran Tangkap Pemilik Syarikat Lori