Hong Kong mengambil langkah mengetatkan beberapa peraturan termasuk sekatan perjalanan dan penjarakan sosial kerana negara itu kini sedang berdepan “gelombang ketiga” kes penularan Covid-19.
Setakat ini, bandar tersebut telah melaporkan 52 kes baru pada hari Isnin, 41 daripadanya adalah penularan tempatan dan 11 yang lain dengan sejarah perjalanan. Ini sekaligus menjadikan jumlah kes meningkat kepada 1,521.
Manakala, tujuh hari sebelum itu terdapat 236 kes baru, satu lonjakan yang membimbangkan di Hong Kong di mana sebelum ini mendapat pujian kerana tindak balasnya yang cepat dan berkesan dalam menghadapi wabak Covid-19.
Selama beberapa minggu sebelum lonjakan kes, Hong Kong merekodkan perkembangan positif apabila mencatatkan pertambahan kes satu digit dan kadang-kala sifar pada setiap hari.
Berikut merupakan peraturan bagi sekatan baru yang diumumkan pada Isnin:
1. Pelancong masuk yang telah masuk atau transit melalui kawasan berisiko tinggi dalam 14 hari terakhir mesti menunjukkan bukti bahawa mereka disahkan negatif Covid-19 sebelum menaiki pesawat. Sekiranya mereka gagal melakukannya, syarikat penerbangan akan dikenakan denda.
2. Perhimpunan ramai hanya akan dihadiri seramai empat orang lagi di mana had yang diberikan sebelum ini adalah seramai 50 orang.
3. Restoran tidak boleh menempatkan lebih dari empat pelanggan bersama dalam satu meja, dan mesti menghentikan perkhidmatan makan malam dari jam 6 petang hingga 5 pagi setiap hari.
4. Pusat permainan, rumah mandian, gimnasium, dan kemudahan rekreasi awam yang lain akan ditutup selama seminggu. Semua pameran dan acara awam akan dibatalkan atau ditunda.
5. Topeng muka kini wajib dipakai di semua pengangkutan awam.
Sumber:
CNN