Selama tempoh 12 minggu, penunjuk perasaan di Iraq telah berkumpul di jalan-jalan Baghdad, bandar-bandar di Selatan Iraq untuk mengusir kerajaan serta menamatkan korupsi dan menghentikan penguasaan Iran.
Dalam tempoh itu juga, banyak korban yang telah dilaporkan terlibat dalam kegiatan penunjuk perasaan. Menurut laporan media antarabangsa, lebih daripada 500 orang penunjuk perasaan telah terbunuh dan 19,000 orang telah tercedera.

Krisis politik Iraq bertambah buruk apabila Perdana Menteri, Adel Abdul Mahdi telah meletakkan jawatannya dan sehingga kini masih tiada penggantinya. Situasi ini boleh disamakan dengan krisis politik yang dialami Iraq ketika penggulingan Saddam Hussein 16 tahun yang lalu.
Pada minggu ini, satu tarikh telah ditetapkan untuk Parlimen menamakan Perdana Menteri baru. Pun begitu, bagi mencari calon yang sesuai untuk menggalas jawatan itu adalah agak sukar.

Sebarang perubahan sememangnya agak sukar kerana boleh menjejaskan kerjaya seseorang dan penunjuk perasaan tidak akan mendapat sebarang kekurangan. Selain itu, parlimen juga dilihat masih belum bersedia untuk mendapatkan kaedah bagi mengurangkan pengaruh Iraq.
Sumber: New York Times