Selain membersihkan seluruh area rumah, membersihkan peralatan elektronik juga sangat penting. Sebab, debu yang terkumpul akan mengganggu fungsi alat tersebut. Dipetik dari Decortips, Khamis, debu yang terkumpul pada alat elektronik memang sukar untuk dilihat, namun harus dibersihkan agar tidak merosakkan barang tersebut.
Ada berbagai alat elektronik dalam rumah, namun yang paling kerap dan selalu dilihat dalam keadaan berdebu adalah skrin televisyen. Bukan hanya debu, di skrin televisyen juga seringkali terdapat bekas jari tangan dan kotoran lainnya. Lantas, bagaimana caranya untuk membersihkan debu tersebut? Ikuti ulasan berikut.
1. Kain lembab
Kain lembab dapat digunakan untuk membersihkan skrin televisyen, namun yang harus diperhatikan adalah kain lembab tidak dapat membersihkan debu secara menyeluruh. Untuk itu, disarankan untuk menggunakan feather duster ketika membersihkan layar televisyen, sebab bulu yang terdapat pada feather duster dapat membuang debu yang ada di skrin televisyen.
2. Hindari penggunaan span
Perlu diingat bahawa skrin televisyen adalah merupakan kaca nipis. Oleh kerna itu, anda tidak boleh menggunakan produk atau kain agresif yang meninggalkan bekas di permukaan. Hindari menggunakan penggosok atau span yang mempunyai liang pori.
3. Hindari menggosok terlalu keras
Anda harus sangat berhati-hati ketika membersihkan skrin tv, kerana jika terlalu banyak kelembapan boleh merosakkan peranti tersebut. Hindari menggosok terlalu kuat atau menekan skrin, sebab akan menyebabkan kerosakkan pada skrin televisyen.
4. Pembersih khusus
Untuk membersihkan skrin televisyen, anda dapat menggunakan produk pembersih khusus, seperti mencampurkan air dan alkohol isopropil (125 ml/500 ml air). Formula ini tidak akan menyebabkan kerosakkan pada skrin atau bahagian lain. Selain itu, anda dapat menemukan pembersih khusus dengan alkohol di pasaran yang sangat efektif dan dapat meningkatkan kualiti penglihatan, terutama untuk skrin tv plasma.
Pilihan lainnya adalah menggunakan kain hipoalergenik dan biodegradable, sebab tidak akan merosakkan skrin tv. Namun yang harus dihindari adalah penggunaan pembersih jendela kerana pembersih jendela lebih agresif dan menimbulkan kesan negatif dalam jangka panjang.
5. Ventilati udara
Sebenarnya tidak ada formula yang dapat menghilangkan kotoran dengan cepat, namun anda boleh atasi hal ini dengan menggunakan ventilati udara yang baik supaya kotoran tidak melekat pada skrin tv di rumah anda.
Sumber- Decotips