5 Tempat Pelancongan Alam Yang Unik Di Indonesia

Faiz Mustafa

Tasikmalaya merupakan sebuah daerah di Jawa Barat, Indonesia yang merupakan pusat pelancongan alam yang begitu indah memukau setiap mata yang memandang. Gunung-ganang, pantai malah sungai yang unik dapat dinikmati pengunjung bagi mengisi masa cuti mereka.

Berikut 5 pusat pelancongan alam semula jadi yang wajib dikunjungi ketika melancong di Barat Jawa, Indonesia.

1 . Tanjong Canyon

Tonjong Canyon yang terletak di Desa Nagrog, Kecamatan Cipatujuh memppunyai keindahan alam yang begitu indah. Berupa tebing kecoklatan dan air sungai yang jernih, pengunjung dapat berenang di dalam sungai jernih dan menyegarkan. Penungujung juga boleh menikmati keindahan alam, berkemah dan mengambil gambar berlatarkan permandangan yang indah. Pengunjung tidak akan dikenakan bayaran untuk masuk ke kawasan ini hanya bayaran tempat letak kereta sahaja akan dikenakan.

2 . Pantai Karang Tawulan

Pantai Karang Tawulan merupakan pantai yang popular dan esotik di Tasikmalaya. Lokasi pantai tersebu berada di Desa Cimanuk, Kalapagenep, Kecamatan, Cikalong.

Pasir pantai yang eksotik menjadi daya tumpuan pantai tersebut. Selain itu, tebing yang melengkuk ke arah laut juga menjadi salah satu daya tarik pantai itu. Di kawasan ini amat sesuai untuk mereka yang gemar bercamping dengan suasana pantai yang indah.

3. Karaha Bodas

Karaha Bodas merupakan kawah gunung berapi muda yang menghasilkan panas bumi juga fenomena fumarol dan sulfat, sehingga dapat tercium bau belerang.

Kawah Karaha Bodas terletak di Desa Kadipaten, Kecamatan Kadipaten, Kabupaten Tasikmalaya. Meskipun kawahnya panas, pengunjung dapat berteduh di bawah pokok pinus yang terdapat di kawasan itu. Karaha Bodas juga menawarkan pemandangan yang indah dan eksotik.

Di tempat ini juga terdapat sumber air panas untuk cuci muka dan merendam kaki. Keindahan Karaha Bodas pun sesuai dijadikan spot photografi yang instagramable.

4. Gunung Galunggung

Gunung Galunggung adalah satu tujuan pelancongan kegemaran di Tasikmalaya dengan pemandangan pegunungan yang indah dan megah.

Di sini, terdapat Kawah Hijau Galunggung yang eksotik di bawah tebing. Kawah ini dapat di capai dengan menapak 620 anak tangga. Terdapat juga pencawang pandang untuk melihat pemandagan hutan dan pergunungan yang indah dengan kehijauannya. Tempat ini sangat sesuai untuk mengambil gambar yang instagramable.

5. Batu Paraga Salopa

Batu Paraga Salopa adalah salah satu pusat pelancongan alam semula jadi yang masih tidak dikeathui oleh banyak orang. Oleh itu, kawasan itu masih terjaga dengan kelestariannya. Kawasan ini merupakan kawasan bukit-bukit batu yang tersusun rapi dan artistik.

Di sini, pengunjung boleh bermandi manda namun perlu berhati-hati dengan batu-batuan yang ada disekeliling. Untuk mereka yang tidak mahu berenang, anda boleh merendam kaki menikmati kesegaran air sungai di situ. Yang lebih menarik lagi, pengunjung tidak akan dikenakan bayaran untuk masuk ke kawsan Batu Paraga Salopa.

Sumber- Kompas.com