Kredit: Google

5 Sebab Kenapa Pembelian Panik Hanya Merugikan Anda

Amira

Panik tidak membantu menyelesaikan masalah. Dalam situasi genting ini, kita perlu tenang dan mematuhi perintah kerajaan dan pihak berkuasa dalam membendung penularan wabak COVID-19.

Pembelian panik hanya membahayakan diri sendiri apabila orang ramai berduyun-duyun memenuhi pasar raya. Boleh jadi dalam keramaian itu, ada antara pelanggan lain yang merupakan pesakit COVID-19 tanpa kita sedari. Malah, pesakit yang tidak bergejala dipercayai boleh menyebarkan virus dengan lebih jauh.

Justeru, kita sepatutnya mematuhi arahan pihak berkuasa yang sedang bekerja keras mengendalikan krisis ini dengan kepakaran yang ada. Berikut merupakan 5 sebab kenapa kita perlu mengelakkan pembelian panik untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling.

1. Bekalan keperluan asas mencukupi

2. Anda masih boleh keluar memberi barang keperluan

3. Bekalan cukup untuk semua jika kita bekerjasama tidak membeli secara panik

4. Membeli barangan berlebihan merugikan kerana setiap barangan mempunyai tempoh hayat

5. Pembelian panik mewujudkan manipulasi harga dan bekalan dalam pasaran

Ingat, anda masih boleh mendapatkan keperluan asas walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Apa yang penting, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dari segi kebersihan dan membersihkan diri sebaik pulang melawati tempat awam bagi mengelakkan risiko tersebarnya virus kepada orang tersayang.

https://www.facebook.com/mykpdnhep/photos/a.228805737462296/1109302782745916/?type=3&theater

Sumber: KPDNHEP