Menambahkan rempah-rempah atau perasa ke dalam makanan ternyata dapat membantu mengurangkan lemak degil yang terdapat di dalam perut. Baru-baru ini, sebuah kajian mengajar orang dewasa untuk menambahkan lebih banyak herba ke dalam makanan mereka.
Hasilnya, sebahagian besar orang mula mengurangkan pengambilan garam hampir 1000 miligram sehari. Sebuah penelitian terbaru juga menunjukkan bahawa beberapa rempah sebenarnya dapat mengurangkan lemak perut visceral dan kembung. Jadi, berikut adalah rempah-rempah yang membantu kita menghilangkan lemak perut, merujuk dari Eat This, Not That.
1. Halia
Halia merupakan salah satu rempah yang dikenali sangat baik untuk kesihatan. Bahkan, halia juga boleh menjadi ubat herba untuk beberapa gangguan sistem pencernaan. Selain mengubati berbagai jenis penyakit, terutama sakit perut, halia dapat diambil untuk menghilangkan lemak di perut. Sebuah penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Gastroenterology and Hepatology menyatakan, halia memiliki kemampuan unik untuk mempercepat penyembuhan gastrik. Halia boleh diambil dengan menambahkannya ke dalam sos salad atau minum teh halia untuk melegakan pencernaan.
2. Lada hitam
Lada hitam dengan kandungan sebatian piperine yang memberikan rasa panas telah digunakan selama berabad-abad untuk mengubati berbagai keadaan kesihatan, termasuk masalah peradangan dan perut. Kajian pada haiwan menemukan bahawa piperine mungkin juga memiliki kemampuan yang sangat besar untuk mengganggu pembentukan sel lemak baru, yang disebut adipogenesis.
Adipogenesis ini dapat mengakibatkan penurunan ukuran pinggang, lemak dan kadar kolesterol. Oleh sebab itu, perbanyakkan lada hitam untuk memperasakan daging panggang atau salad untuk menghilangkan lemak di perut.
3. Kayu manis
Kayu manis mengandungi antioksidan kuat yang disebut polifenol dan terbukti dapat mengubah komposisi tubuh, serta meningkatkan sensitiviti insulin. Sebuah kajian yang disiarkan di Archives of Biochemistry and Biophysics menunjukkan, bahawa penambahan kayu manis pada makanan mengurangkan penumpukan lemak di perut.
Satu siri kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition juga menemukan, menambahkan satu sudu teh kayu manis ke dalam makanan bertepung dapat membantu menstabilkan gula dalam darah dan menangkal lonjakan insulin. Cuba anda tambahkan kayu manis ke dalam oat dan smoothie untuk sarapan pagi. Lalu lihat bagaimana kesannya agar nafsu makan dapat dikawal dengan baik dan pinggang juga lebih mengecil.
4. Cili
Capsaicin, sebatian yang memberi rasa yang kuat pada cili telah terbukti dapat mengurangkan lemak perut, menahan nafsu makan dan meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar makanan sebagai tenaga (thermogenesis). Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menemukan, pengambilan capsaicin setiap hari boleh menghilangkan lemak perut.
Sementara itu, kajian yang dilakukan oleh para peneliti Kanada menunjukkan, jejaka yang makan pedas di awal akan membakar 200 kalori lebih berbanding pada waktu makan selanjutnya. Kita dapat menemukan capsaicin dalam berbagai jenis cili dan sos yang pedas. Cubalah untuk memperasakan ikan, daging dan telur dengan sedikit serbuk cili merah.
5. Biji sawi
Para ilmuwan di England’s Oxford Polytechnic Institute menemukan bahawa makan 1 sudu teh biji sawi dapat meningkatkan metabolisme hingga 25 peratus selama beberapa jam setelah makan. Tidak hanya itu, sebuah kajian yang diterbitkan dalam Asian Journal of Clinical Nutrition juga menemukan bahawa jaringan adipose visceral pada tikus yang diberi lemak akan turun ketika makanan tersebut dilengkapi dengan minyak biji sawi.
Menghilangkan lemak perut ini dapat dikaitkan dengan sebatian kimia allyl isothiocyanates dan fitokimia yang memberi rasa khas pada biji sawi. Pastikan kita memanaskan makanan dengan varieti murni dan rendah kalori seperti biji sawi dan cuka.
Sumber- Eat this, not that