5 Manfaat Kesihatan Yang Diperolehi Dengan Hanya Berjalan Kaki Ramai Orang Tak Tahu

Faiz Mustafa

Untuk menjaga kecergesan badan, kita diasarankan untuk melakukan rutin olahraga minimum 30 minit sehari. Tak perlu melakukan olahraga berat, bahkan rutin olahraga ringan seperti jalan kaki pun sudah memberi banyak manfaat. Menurut pakar kesihatan Cleveland Clinic, Michaer Roizen, rutin jalan kaki membri manfaat positif untuk kesihatan fizikal dan mental kita.

Berikut manfaat rutin jalan kaki yang boleh anda perolehi:

1. Mengurangkan stress

Menurut Roizen, jalan kaki boleh meningkatkan kadar degupan jantung, menurunkan stress dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Kajian menunjukan rutin jalan kaki juga boleh meningkatkan gangguan hati dan membantu melepaskan hormon endorfin yang menimbulkan rasa bahagia. “Menetapkan tujuan kecil ketika berjalan kaki dan berhasil mencapainya juga boleh meningkatkan rasa bahagia dan harga diri anda,” ujarnya.

2. Menurunkan berat badan

Jalan kaki juga menjadi salah satu olahraga terbaik untuk menurunkan berat badan. Selain itu, jalan kaki juga mudah dilakukan dan meringankan sakit sendi dan boleh dilakukan setiap hari. Untuk mendapatkan manfaat maksimum, cubalah rutin berjalan kaki 30 minit setiap hari. “Jika cara itu masih sukar untuk dilakukan, cubalah untuk membahagikan dalam beberapa minit tetapi tetapkan tujuan untuk melakukan rutin jalan kaki 30 minit sehari,” kata Dr. Roizen. Setelah terbiasa, tingkatkan durasi jalan kaki yang anda lakukan secara perlahan.

3. Menurunkan tekanan darah

Rutin berjalan kaki juga dapat menurunkan risiko serangan jantung dan stroke. Selain itu, rutin jalan kaki juga membantu menyeimbangkan tekanan darah dan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh badan. Jalan kaki juga menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), yang turut membantu menurunkan risiko berbagai jenis kanser dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. “Rutin jalan kaki juga boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuat anda lebih bertenaga,”ucap Roizen.

4. Meredakan sakit sendi

Jalan kaki dapat membantu melindungi otot-otot sendi, termasuk lutut dan pinggul. sebabnya, jalan kaki membantu melincirkan dan memperkuat otot yang menyokong sendi. Jalan kaki juga dapat memberikan manfaat bagi penghidap arthritis, seperti mengurangkan rasa sakit.

5. Meningkatkan daya permikiran kreatif

Jalan kaki membantu menajamkan fikiran yang meningkatkan kemampuan berfikir secara kreatif. kajian membuktikan, orang mampu menemukan idea-idea baru dengan lebih baik ketika berjalan kaki. Menurut peneliti, jalan kaki membuka aliran idea yang bebas dan merupakan cara sederhana untuk meningkatkan kreativiti dan aktiviti fizikal ketika bersenam.

Sumber- Healthline