Kredit: Astro Awani

5 Juta Meter Padu Air Berjaya Dilencongkan Smart Tunnel Semalam-Dr Zaini Ujang

Akhmar Ikmal

KUALA LUMPUR: Air banjir sebanyak 5 juta meter padu berjaya dilencongkan daripada memasuki Kuala Lumpur menggunakan Terowong SMART semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata, lencongan itu mula diaktifkan pada jam 7.45 malam Sabtu.

Zaini juga memberitahu bahawa ia merupakan pertama kali proses lencongan dijalankan melebihi tiga jam sejak ianya dibina pada tahun 2007,

Beliau percaya keadaan banjir yang melanda Lembah Klang bertambah buruk sekiranya 5 juta meter padu itu tidak dapat dilencongkan.

Beliau menyampaikan makluman tersebut dalam sidang media di Pusat Kawalan SMART JPS di ibu negara pada Ahad.

Sumber: Astro Awani