Produk perawatan kulit yang mengadung retinol dan acid salsilat bukanlah satu-satunya solusi untuk mengatasi masalah jerawat. Ada minuman tertentu yang apabila diamalkan secara rutin dapat memberi kesan yang sama. Minuman apakah itu? Berikut penjelasannya.
1. Teh matcha
Matcha merupakan minuman yang kaya dengan antioksidan. Salah satunya adalah epigallocatechin gallate (EGCG) yang membantu melawan pengoksidaan sebum sebelum jerawat terbentuk. Antioksidan pada teh matcha 137 kali lebih banyak dibanding teh hijau biasa. Oleh itu, rutin minum teh matcha dapat membantu mengurangkan tanda-tanda peradangan dari dalam ke luar.
2. Air kunyit
Kunyit mengandungi kurkumin yang telah terbukti memberikan banyak manfaat keranna sifat anti-inflamasi, antivirus, antioksidan, dan antikulat. Dalam Ayurveda, kurkumin digunakan sebagai pengubatan untuk menyembuhkan berbagai penyakit serta keadaan internal dan eksternal tubuh. Menambahkan satu senduk serbuk teh kunyit ke dalam air panas untuk diminum dapat memberikan manfaat penyembuhan jerawat.
3. Kefir
Kesihatan usus sangat terkait dengan kesihatan kulit. Inilah alasannya amalan minuman yang kaya akan probiotik juga penting untuk kulit. Probiotik dapat membantu menangkis bakteria jahat dan mengurangkan peradangan. Protein laktoferin yang ada di kefir memberikan kekuatan yang lebih untuk melawan masalah pada kulit. Dalam suatu kajian, peserta yang minum susu fermentasi dengan 200 miligram laktoferin setiap hari mengalami penurunan luka peradangan jerawat hampir 39 peratus. Hasil itu didapati setelah peserta mengamalkan minum susu fermentasi selama 12 minggu.
4. Spearmint
Dermatologi yang juga pengasas Epionce Skincare Dr. Carl Thornfeldt mengatakan, minum dua cawan teh spearmint organik setiap hari dapat membantu mengurangkan parut jerawat. Penurunannya mencapai 25 peratus apabila teh spearmint diamalkan selama sebulan. Namun jika teh masih diminum sampai tiga bulan, penurunannya mencapai 51 peratus setelah tiga bulan. Dengan fakta tersebut dapat ditarik kesimpulan minum teh spearmint mungkin saja lebih berkesan daripada pengubatan jerawat pada umumnya.
5. Jus cherry
Sebut tentang cherry, sebahagian besar orang terus teringat pada buah yang sering dijadikan hiasan pada kek atau apa jua jenis pencuci mulut. Padahal, manfaat cherry lebih dari itu. Rutin minum jus cherry terutama yang organic dapat memberikan manfaat pada kulit. minuman ini mengandung antioksidan serta vitamin A, B, C, dan D. Jus cherry juga dapat membantu menyeimbangkan pH kulit dan memiliki sifat anti-inflamasi. Selain itu, jus cherry juga mengandungi melatonin yang dapat membantu untuk mudah tidur.
Sumber- BYRDIE