Memutuskan untuk berhenti merokok adalah hal yang sangat baik untuk mereka yang sebelum ini mengalami ketagihan merokok. Setelah berhenti merokok, anda mungkin berkeinginan untuk membersihkan paru-paru. Namun, ketahuilah bahawa paru-paru sebetulnya mempunyai kemampuan untuk melakukan pembersihan sendiri. Proses itu bermula setelah anda berhenti menghisap rokok terakhir anda.
Setelah berhenti merokok, paru-paru akan mulai memulihkan diri dan menjana semula secara perlahan. Kecepatan penyembuhannya bergantung pada berapa lama anda merokok sebelumnya dan seberapa banyak kerosakan yang berlaku. Meskipun tidak ada cara untuk memulihkan parut tisu atau kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh merokok selama bertahun-tahun, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk mencegah kerosakan yang berterusan dan meningkatkan kesihatan paru-paru.
1. Batuk
Menurut ketua pakar pembedahan toraks dari George Washington Medical Faculty Associates di Washington DC, Dr Keith Mortman , seorang perokok berkemungkinan besar memiliki banyak lendir di bahagian paru-parunya. Pengumpulan ini mungkin akan tetap ada setelah orang tersebut berhenti merokok. Namun, batuk bekerja dalam proses untuk membantu tubuh membuang lendir berlebihan, membuka saluran udara yang lebih kecil dan membukanya hanya untuk mendapatkan oksigen.
Dalam artikel Medical News Today menyatakan beberapa tahap yang boleh dilakukan oleh penghidap Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD) untuk membantu membersihkan paru-paru. Untuk makluman, COPD adalah keadaan dimana sebahagian besarnya disebabkan oleh kebiasaan merokok atau menghisap rokok dalam jangka waktu yang panjang. Untuk membersihkan paru-paru dari lendir berlebihan, lakukan langkah berikut:
Duduk di kerusi dengan bahu dalam keadaan tenang dan kedua-dua kaki berada di lantai.
Lipat dan letak lengan di atas perut.
Tarik nafas perlahan melalui hidung.
Secara perlahan hembus nafas sambil mencondongkan tubuh ke depan dan menolak lengan ke arah perut.
Batuk 2-3 kali sambil menghembuskan nafas dengan mulut sedikit terbuka.
Tarik nafas perlahan melalui hidung.
Rehat dan ulang langkah tersebut mengikut keperluan.
2. Olahraga
Penjagaan tubuh badan agar sentiasa aktif menjadi salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan untuk menjaga dan meningkatkan fungsi paru-paru. Bahkan, aktiviti ringan seperti berjalan-jalan di luar rumah dapat membantu kantung udara paru-paru tetap terbuka.
Jika kantung tersebut tetap terbuka, paru-paru dapat menukar oksigen dan membawanya ke bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Olahraga dapat meningkatkan peredaran oksigen dan memungkinkan tubuh lebih cekap membuang karbon dioksida berlebihan yang dihasilkan oleh badan ketika berolahraga.
3. Menghindar dari pencemaran udara
Menghindari asap rokok, debu dan bahan-bahan kimia akan memastikan fungsi paru-paru terus sihat. Penelitian terhadap haiwan menemukan bahawa paparan dari udara yang bersih dan ditapsis dapat menurunkan penghasilan lendir di bahagian paru-paru. Lendir dapat menyekat saluran udara yang lebih kecil dan membuatkan badan sukar mendapatkan oksigen. Sebelum keluar dari rumah, periksa terlebih dahulu kualiti udaranya. Jika itu adalah hari dengan kualiti udara yang buruk, maka pertimbangkan untuk keluar pada hari lain.
4. Minum air suam
Menurut American Lung Association, Penjagaab badan agar sentiasa terhidrasi penting untuk menjaga kesihatan paru-paru. Minum lebih kurang 2000 liter air setiap hari akan membantu mencairkan lendir di paru-paru, yang akan memudahkan anda untuk membuangnya ketika batuk. Minum minuman panas atau suam seperti teh, sup atau sekadar air putih suam dapat menyebabkan penipisan lendir, sehingga lendir akan lebih mudah dibersihkan melalui saluran udara.
Selain itu, minum teh hijau secara khusus juga mampu mencegah beberapa jenis penyakit paru-paru kerana sifat anti-peradangan yang terkandung. Dalam sebuah kajian pada 2018, peserta yang mengamalkan teh hijau memiliki kemungkinan mengembangkan COPD dua kali lebih kecil.
5. Terapi wap
Terapi wap melibatkan aktiviti menyedut wap air untuk mencairkan lendir dan mengurangkan peradangan di bahagian saluran udara. Satu lagi kajian pada tahun 2018 menemukan bahawa pada kelompok kecil pesakit COPD, penggunaan pelitup wap secara signifikan dapat meningkatkan kemampuan pernafasan mereka.
Penting untuk diperhatikan bahawa meskipun gejala yang dialami oleh kelompok ini segera reda, namun mereka tidak dapat melihat perubahan apapun pada kesihatan paru-paru mereka secara keseluruhan setelah terapi wap dihentikan. Jadi, terapi ini mungkin efektif sebagai solusi jangka pendek, namun para ilmuwan perlu melakukan kajian lebih jauh sebelum memahami manfaat terapi wap terhadap kesihatan paru-paru.
Sumber- Healthline