Gambar: The Manohara Hotel Yogyakarta

5 Barang Hotel Ini Korang Boleh Angkut Bawak Balik Sebelum ‘Checkout’, Tuala Mandi Tiada Dalam Senarai

Eyla Azri

Bila pergi bercuti, hotel semestinya menjadi pilihan utama untuk menginap. Mana tidaknya, kalau menginap di hotel tak payah bawak banyak kelengkapan, kebanyakannya dah disediakan pihak hotel.

Antara kelengkapan yang disediakan pihak hotel termasuk kelengkapan mandi, berus gigi, selipar bilik, air mineral, laundry bag dan banyak lagi.

Mungkin ramai yang dah tahu, ada sesetengah barang hotel ni bukan sahaja disediakan untuk kegunaan peribadi, malah ada juga yang ‘berfungsi’ sebagai cenderahati untuk pengunjung.

Dalam erti kata lain, cenderahati ni boleh dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Tapi ramai jugak yang was-was sebab tak tahu apa je yang boleh angkut bawak balik. Risau jugak kan kena spotcheck dengan pihak hotel.

Video yang diunggah di akaun TikTok The Manohara Hotel Yogyakarta ni menunjukkan senarai barang hotel yang korang boleh bawak balik sebelum checkout.

Barang-barang hotel yang korang ‘wajib’ angkut bawak balik ialah:

1. Laundry bag

2. Air mineral

3. Notepad

4. Selipar

5. Lotion, ubat gigi, gel mandian dan syampu

Jangan risau, kelengkapan ni memang disediakan untuk korang, jadi ambik je.

“Tak pernah ambik selama ni”

“Bawak balik je, senang housekeeping nak kemas”

Lepas ni kalau nak staycation kat hotel, jangan lupa angkut barang-barang ni bawak balik!

Sumber: The Manohara Hotel Yogyakarta